ANAK SIAPA…?
OLEH : HASLINAH BINTI ROSLAN (206122)
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat.
“Wahai anakku..mama tak sabar menunggumu keluar. Mama tak sabar untukmu melihat dunia yang indah ini. Mama tak sabar untuk mengajarmu erti hidup ini…” Alunan zikir dan ayat –ayat al-Quran mengiringi bakal kelahiran itu.. begitulah perasaan dan naluri seorang manusia yang bergelar IBU pada kebiasaannya.
Tapi apa yang terjadi pada detik ini sungguh berbeza dengan situasi pada masa dulu..Anak seolah-olah tiada nilai lagi bagi manusia yang tidak berperasaan… di manakah letaknya harga sifat kemanusiaan itu..? adakah manusia telah hilang nilai-nilai peradaban sehingga mereka tergamak untuk membuang seorang nyawa yang telah mereka kandung selama sembilan bulan sepuluh hari. Dewasa ini, sering terpampang di dada akhbar berita mengenai kes pembuangan bayi yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.. salahkah kiranya bayi itu untuk terus bernafas di muka bumi ini..? betapa sedihnya hati ini tatkala membaca berita itu…berdesing telinga ini mendengar berita itu. Tega sungguh mereka membuang bayi yang tidak berdosa itu. Yang lebih menyedihkan apabila kita mendengar berita bahawa bayi yang dibuang di tong sampah, tandas awam, longkang, dan sebagainya. Malah yang lebih dahsyat lagi apabila bayi tersebut dibakar. Adakah harga diri manusia begitu rendah di mata manusia itu sendiri..
***COUPLE***
Sesiapa pun pasti akan tersenyum mendengar istilah ini..namun ada yang tersenyum kambing dan tak kurang juga yang tersenyum sinis. Ya..pastinya setiap senyuman itu membawa maksud yang berbeza. Anda pula dalam kategori mana? Tepuk dada tanya selera. Hehehe..
Persoalan cinta ini pastinya sukar untuk dirungkai. Ianya lahir dari hati yang sukar untuk ditafsir. Tambahan lagi ianya merupakan fitrah manusia itu sendiri. Namun begitu adakah alasan ini boleh menjadi sebab atau asas yang kukuh untuk kita melakukan maksiat..? pasti jawapannya adalah tidak! Cinta itu kita boleh luahkan pada ALLAH S.W.T.. pada RASULULLAH S.A.W.. pada ibu bapa dan keluarga..
Ber’couple sudah seolah-olah menjadi ‘trend’ bagi anak-anak remaja masa kini. Bermula dari pandangan mata dan kemudian turun ke hati. Bersms pula sering kali. Ke mana-mana pastinya telefon bimbit ada dalam genggaman. Tak kurang hebatnya bagi yang telah tersalah nombor kononnya. Tapi selepas itu disusuli dengan sms dan pertemuan ( dalam erti kata lain..dating ). Dalam konteks pelajar pula pastinya episod study group dijadikan alasan. Tidak pun pastinya ada yang berkenalan semasa menghadiri seminar atau program.
Adakah budaya ini sepatutnya dibiarkan berterusan..? adakah anda ingin menjadi ‘bekas’ tangan-tangan yang kotor wahai muslimah..? tidakkah anda tidak takut dengan azab-azab ALLAH wahai muslimah..? mungkin kita akan membayangkan keindahan sebuah percintaan itu.. tetapi adakah kita mampu membayangkan azab di dunia dan azab di akhirat. Bayangkan jika anda terlanjur bersama ‘pasangan’ yang tidak halal bagi anda..kemudian anda mendapati anda telah hamil.. Siapa yang akan menanggung akibat daripada perbuatan tersebut.. pastinya anda sendiri yang akan menanggungnya. Dan yang paling penting adalah ibu bapa dan keluarga akan turut menanggung akibatnya. Tidakkah anda berasa malu pada diri, ibu bapa, keluarga, dan yang paling penting pada ALLAH S.W.T..
***COUPLE HARAM DALAM ISLAM…?*
“Wahai orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu. “
( Surah Al-Baqarah : 208 )
Sesungguhnya dalam Islam sendiri telah menggariskan panduan kepada kita sebagai umat manusia. Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepada kita sebagai umat baginda iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagai garis panduan dan menjadi pegangan hidup kita.
“Wahai manusia ! Bertakwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam ), dan (Allah ) menciptakan pasangannya (Hawa ) dari (diri )nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta , dan ( peliharalah ) hubungan kekeluargaan . sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu. “
( Surah An-Nisa’ : 1 )
Dalam Islam sendiri bukanlah melarang umatnya dari berkasih-kasihan antara satu sama lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui dalil-dalil Al-Quran. Namun begitu, pastinya ada garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam.
“ Maha suci ( Allah ) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ada ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui. “
( Surah Yasin : 36 )
“ Wahai manusia ! sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.”
( Surah Al-Hujarat : 13 )
Meskipun begitu, bukanlah bermakna sebagai manusia sesuka hati untuk mengadakan hubungan lebih-lebih lagi hubungan ‘couple’ antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat Al-Quran.
“ Katakanlah kepada laki-laki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; dengan itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
( Surah An-Nur : 30 )
“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya ), kecuali yang ( biasa ) terlihat. …………“
( Surah An-Nur : 31 )
Dalil di atas menerangkan bahawa terdapat batas-batas yang perlu diikuti oleh para muslimin dan muslimat. Hal ini kerana bermula dari pandangan mata manusia boleh dilalaikan oleh syaitan laknatullah. Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang beriman, jagalah batas-batas tertentu yang boleh melalaikan kita sebagai hamba Allah. Terdapat dalil yang lain iaitu:
“ Dan janganlah kamu mendekati zina; ( zina ) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan satu jalan yang buruk.”
( Surah Al-Isra’ : 32 )
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan zina adalah suatu perbuatan keji dan terkutuk. Malah, Allah telah melarang hamba-Nya dari mendekati zina. Apatah lagi berzina. Zina ada bermacam-macam bentuk seperti zina mata, zina hati, zina telinga, zina lidah, zina anggota badan. Naudzubillah.. Zina mata berlaku apabila kita memandang seseorang yang bukan muhrim sehingga membawa suatu perasaan yang tidak sepatutnya wujud. Zina hati pula berlaku apabila suatu perasaan yang wujud dalam hati seperti perasaan rindu kepada ‘pasangan’. “dari mata turun ke hati” rasanya semua orang tahu mengenai ayat ini yang sengaja diwujudkan oleh manusia sendiri. Pastinya detik perkenalan dimulakan setelah melihat kepada orang tersebut. Zina telinga pula berlaku apabila seseorang yang mendengar kelunakan suara orang yang bukan muhrim sehingga membawa kepada suatu perasaan yang juga tidak sepatutnya wujud sehingga terkenang-kenang akan suara dan empunya suara tersebut. Zina lidah pula berlaku apabila mengeluarkan kata-kata yang puitis. Kesimpulannya untuk mendekati zina pun telah ditegah apatah lagi untuk melakukan zina. Oleh itu zina adalah HARAM!
“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, deralah masing-masing dari keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk ( menjalankan ) agama ( hokum ) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudiaan; dan hendaklah ( pelaksanaan ) hukuman mereka disaksikan oleh sebagian orang-orang yang beriman. ”
( Surah An-Nur : 02 )
Cara terbaik untuk mengelakkan maksiat adalah melalui ikatan pernikahan. Tapi ketika ini jika ditanya kepada golongan muda soal pernikahan pastinya mereka tersenyum sinis. “hei bro, we’re still young right..awal sangat la bincang soal kahwin ni. Leceh la…Banyak sangat komitmen orang da kahwin ni”..mungkin ayat ini biasa kita dengar. Dan mungkin juga anda sendiri pernah menyatakannya. Berbicara soal komitmen pastinya ada yang akan menghela nafas panjang. Apa tidaknya, komitmen kan merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas khususnya bagi kaum adam. Tetapi tidakkah anda berfikir soal tanggungjawab anda sebagai hamba Allah adalah lebih besar.
“ Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak ( menikah ) darihamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Mahaluas ( pemberian-Nya ), Maha Mengetahui ”
(Surah An-Nur : 32 )
***JALAN PULANG**
Adakah masih ada jalan pulang bagi orang-orang yang telah terlanjur? Pastinya setiap yang melakukan kesalahan akan diberikan peluang untuk memperbetulkan kembali apa yang telah mereka perbuat. Caranya adalah dengan meminta taubat kepada Pencipta. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
“ Dan tinggalkanlah dosa yang terlihat ataupun yang tersembunyi. Sungguh orang-orang yang mengerjakan ( perbuatan ) dosa kelak akan diberi balasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan “
( Surah Al-An’am : 120 )
Bagi yang sedang ber’couple segeralah kembali ke jalan yang diredhai Allah. Tinggalkanlah semua angan-angan indah itu yang bisa membawa kepada kebinasaan pada diri. Yang sedang memasang angan-angan untuk ber’couple pula disarankan agar melupakan niat tersebut. Janganlah kita mengerjakan sesuatu pekerjaan yang boleh mengundang kepada jalan kemaksiatan. Dan kepada yang telah terlanjur, peluang untuk bertaubat sentiasa terbuka. insyaAllah.. Jalan pulang bagi anda masih terbuka luas. Akan tetapi, anak merupakan kurniaan Yang Maha Esa. Oleh itu, peliharalah dia dengan sebaik-baiknya. Berikanlah mereka kasih sayang yang selayaknya buat mereka. Berilah mereka peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini selagi Allah mengizinkan sebagaimana ibu anda memberi anda peluang untuk terus hidup di bumi Allah.
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang “
( Surah Al-Baqarah : 218 )
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat agak sukar untuk dilakukan. Tetapi tetap menjadi suatu kewajipan sebagai hamba Allah untuk meninggalkannya. Sesuatu perkara yang kita rasa terbaik bagi kita mungkin adalah sesuatu yang buruk bagi diri. Dan sesuatu perkara yang kita rasa buruk bagi kita mungkin adalah yang terbaik bagi kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi dan boleh jadi ia adalah hadiah terbaik yang diberikan oleh Allah kepada kita.
“ Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “
( Surah Al-Baqarah : 216 )
Akhir kalam dari saya, renungkan dan muhasabahkanlah diri setiap hari kerana kita sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan. kembalilah kepada Sang Pencipta. Berjihadlah dan istiqamahlah jika ingin berubah. Tetapi biarlah perubahan positif yang kita cari dan bukan perubahan yang negatif. Sesungguhnya hari ini adalah lebih baik dari hari semalam. Wallahualam..
Anak Siapa?
Sunday, October 3, 2010
Posted by
SoSial Dilemma
at
4:56 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment