Dadah Masih Menjadi Ancaman Kritikal

Sunday, October 3, 2010

Terdapat banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini. Berbilion-bilion ringgit telah dibelanjakan bagi membendung penularan ketagihan dadah dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Dalam memandang serius hal ini,kerajaan telah membuka banyak pusat serenti bagi memulihkan penagih-penagih dadah ini. Namun segala usaha yang dijalankan selama ini tidak menampakkan kesan yang positif,sebaliknya penagihan dadah terus menular dan meningkat hari demi hari. Walaupun tangkapan telah dilakukan dan hukuman yang berat telah dikenakan, namun hukuman-hukuman tersebut sedikit pun tidak menakutkan mereka. Penyalahgunan dadah bukan sahaja membahayakan kesihatan malah membawa kepada ketagihan dan apabila ketagihan sudah sebati dalam diri penagih, mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan mereka mendapat bekalan dadah yang berterusan contohnya mencuri, merompak dan sebagainya. Apabila sudah mencapai tahap yang serius, mereka boleh dijangkiti dengan penyakit yang lebih serius seperti AIDS.

JENIS-JENIS DADAH

-Heroin
Berasal dari perkataan Jerman iaitu Heroish yang membawa maksud kuat.
Digunakan bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin
Dihasilkan melalui proses kimia yang lebih kuat daripada Morfin



-Morfin
sejenis arkoloid yang di peroleh daripada candu mentah
terdapat tiga jenis iaitu morfin mentah,bes morfin dan pil morfin
Morfin mentah terdapat dalam bentuk blok yang berwarna putih ke coklat gelap. Setelah dihancurkan menjadi serbuk putih yang di panggil Heroin No 1
Bes morfin pula dipeoleh secara terus daripada candu. Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi
Pil morfin mengandungi morfin sulfat. Berwarna putih atau coklat pucat

-Candu
Dihasilkan daripada buah popi muda
Terdapat tiga jenis candu iaitu candu mentah, candu masak dan tahi candu
Candu mentah getah berwarna putih yang keluar hasil torehan buah popi muda. Kemudian menjadi pekat dan berwarna coklat apabila terdedah.
Candu Masak adalah candu yang dicampurkan dengan air kemudiannya dipanaskan hingga pekat. Bertukar kepada warna coklat hitam.
Tahi candu merupakan sisa arang candu masak yang telah dihisap.


-Ganja
Dadah jenis ini diperoleh dari bunga pokok India iaitu Cannabis Sativa. Terdapat lebih daripada 400 jenis bahan kimia dimana merupakan bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja boleh menyebabkan bahan kimia terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dapat dikeluarkan semula secara normal antara 4 hingga 6 minggu. Jika penghisap ganja menghisap secara bererusan akan menyebabkan bahan kimia akan sentiasa terkumpul di dalam badan.


-Syabu
Dadah jenis ini berada dalam kumpulan stimulan
Tidak mempunyai apa-apa kegunaan dalam bidang perubatan
Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal seterusnya diikuti dengan syabu yang paling rendah kualtinya dan pahit yang berwarna kemerah-merahan


-Ecstacy
Dadah jenis ini sering kali digunakan dalam kalangan remaja untuk tujuan berhibur
Mudah didapati di kelab-kelab malam
Mampu memberi tenaga untuk menari sepanjang malam
Terdapat dalam pelbagai bentuk warna dan simbol


-Ketamin
Dikenali sebagai ubat bius haiwan
Namun kini sering digunakan dalam kalangan muda mudi untuk berhibur atau menari
Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti pil, serbuk putih, kristal dan cecair


FAKTOR-FAKTOR PENGAMBILAN DADAH

-perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru
-tidak mengetahui bahaya setiap jenis dadah yang dicuba
-pengaruh rakan sebaya
-syarat untuk memasuki sesuatu kumpulan
-mencari ketenangan jiwa akibat masalah keluarga
-tidak pandai menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
-kekurangan komunikasi yang baik antara anggota keluarga
-terpengaruh dengan cara hidup mewah
-kurang nilai-nilai dan pegangan agama

TANDA-TANDA SESEORANG MENGAMBIL DADAH
-Kemerosotan dalam prestasi kerja @ sekolah
-mudah marah atau mengamuk tanpa sebab
-turun berat badan dan tidak bermaya
-hilang selera makan atau selera bertambah
-keadaan mata yang cengkung, tidak bermaya dan berair
-Tidak bertentang mata apabila bercakap
-keadaan diri yang tidak terurus dan compang camping
-terdapat parut dan bekas suntikan pada lengan tangan
-hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan
-selalu menggaru terutama dibahagian hidung dan berkelakuan aneh
-suka memencilkan diri didalam blik air, stor, rumah kosong, didalam semak dan tempat yang tiada orang
-tidak suka berkumpul bersama dengan keluarga
-hilang minat terhadap muzik, sukan dan sebagainya
-suka menyembunyikan barang-barang persendrian
-tidak suka pertanyaan dari orang lain
-menjadi seorang yang pendiam dan kuat berahsia
-menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih dan kadang kala terlalu gembira secara tiba-tiba
-kerap meminta wang atau meminjam tanpa membayar balik
-melakukan kegiatan mencuri sekolah, tempat kerja, rumah, rumah jiran, kawan dan saudara-mara
-suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik
-menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab
-berdamping dengan mereka yang diketahui sebagai seorang penagih dadah
KOMPLIKASI PENAGIHAN DADAH

-Penggunaan dadah secara berlebihan boleh menyebabkan kemusnahan organ dalaman terutamanya otak, hati dan jantung.
- Seterusnya boleh membawa kepada kematian.
-Bagi penagih dadah yang biasa berkongsi jarum pula akan terdedah kepada jangkitan kuman pada otak, hati, jantung dan sistem imun
-penyakit HIV dan AIDS



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Tedapat beberapa langkah yang boleh di ambil bagi mengatasi masalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat kini. Antaranya ialah dengan melakukan terapi penggantian dadah. Ini merupakan salah satu antara contoh rawatan yang boleh membantu menguruskan masalah penagihan dadah pada peringkat awal. Matlamat mengadakan terapi ini adalah membolehkan pesakit mengurus dan mengawal ketagihan. Hal ini bagi membantu penagih memperoleh kehidupan mereka semula. Melalui kaedah ini penagih mungkin boleh diberikan sukatan ubat mengikut dos yang sesuai untuk tempoh yang tertentu bagi membantu pesakit mengawal gejala ketagihan mereka. Seterusnya membolehkan mereka menjalani kehidupan, aktiviti harian dan bekerja seperti orang lain.


Antara langkah lain yang dilihat sebagai berkesan adalah peranan ibu bapa. Institusi keluarga memainkan peranan terpenting dalam mencorak tingkahlaku, personaliti dan keperibadian anak-anak. Hal ini kerana keluarga merupakan tempat pertama bagi anak-anak untuk mengenali erti kehidupan dan juga sumber utama bagi menimba ilmu dan pengalaman hidup. Dalam erti kata lain keluarga merupakan pemberi impak yang terbesar kepada proses pembesaran anak-anak. Ini kerana keluarga yang mempengaruhi anak-anak dalam sesuatu perkara termasuk mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau tidak.

Selain itu, kempen juga merupakan antara salah satu langkah yang dilihat berkesan. Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) contohnya merupakan salah satu badan yang giat berkempen dalam menangani masalah ini sejak dari dulu lagi. Agensi kerajaan yang lain juga turut memainkan peranan dalam hal ini dengan tujuan yang sama iaitu membasmi masalah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa. Malah mereka juga mempunyai tujuan lain iaitu untuk mengatur hala tuju bagi penagih dadah dengan menepis tanggapan-tanggapan buruk yang sering dikatkan dengan penagihan dadah. Penagih sering kali dikaitkan dengan jiwa yang lemah, mementingkan diri sendiri, tidak bermoral dan tidak berdisiplin. Hal ini merupakan salah satu faktor yang mendorong penagih untuk kembali menagih kerana mereka tidak mendapat sokongan masyarakat untuk berubah, dipulaukan dan tiada tempat untuk mengadu. Penagih yang mendapat sokongan moral daripada keluarga tiak lagi kembali kepada kegiatan ini kerana rawatan semata-mata adalah tidak mencukupi, ia perlu disertakan dengan sokongan masyarakat dan keluarga.



Sebagai tambahan, sukan juga merupakan antara salah satu aktiviti yang mampu menjauhkan remaja dari kegiatan yang tidak berfaedah seperti menagih dadah. Dengan adanya aktiviti bersukan remaja khususnya akan menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan tidak merosakkan diri sendiri. Sukan boleh digunakan sebagai senjata bagi memerangi gejala dadah dari segi mental dan juga fizikal.



PENUTUP

Lembaga Dadah Kebangsaan dan Persatuan Pemadam menjadi penggerak utama dalam memastikan gejala in dapat dibendung. Namun semua pihak diseru supaya bangun bersama dengan usaha bersepadu bagi memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara iaitu negara sifar dadah. Agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang mempunyai pelan tindakan tersendiri bagi menangani masalah berkaitan diharap dapat sama-sama membantu dan menyumbang tenaga dan idea.

0 comments:

Post a Comment