PELACURAN

Sunday, October 3, 2010

 PENGENALAN
Kegiatan pelacuran di Malaysia dikatakan telah bermula seawal abad ke-18 lagi iaitu apabila berlakunya kemasukan imigran-imigran dari China dan India secara besar-besaran untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan juga lading-ladang getah iaitu sejak 1830-an lagi.Kehadiran imigran-imigran ini terutamanya buruh-buruh lelaki yang ramai telah mengakibatkan galongan wanita semakin berkurangan daripada lelaki.Situasi ini telah menyebabkan berlakunya penyeludupan golongan wanita dari luar Negara secara besar-besaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap golongan wanita terutamanya dari segi tuntutan nafsu iaitu melalui aktiviti pelacuran.Mengikut statistik polis Kuala Lumpur melalui sumber utusan Malaysia,mendapati bahawa kaum melayu merupakan kaum yang paling ramai terlbat dalam aktiviti pelacuran iaitu sebanyak 60%,diikuti dengan kaun china sebanyak 30%,lain-lain kaum pula sebanyak 8% dan kaum india dengan peratusan yang paling rendah iaitu sebanyak 2%.
Kegiatan pelacuran ini terdapat di hampir semua bandar di Negara ini.ini boleh dikatakan bahawa hampir setiap bandar mempunyai aktiviti pelacuran.contohnya di Alor Star,aktiviti perlacuran terdapat di lorong Petani,di Bukit Mertajam dan jalan Menkuang di Pulau Pinang.Di ibu Negara iaitu Kuala Lumpur,antara tempat aktiviti pelacuran yang terkenal ialah kawasan lorong Haji Taib,jalan hickhs,jalan bukit bintang,dan jalan thambitillay di Briekfields.Namun demikian.tidak seorang pun tahu bilangan pelacur yang terdapat di Negara ini.Angka-angka yang di ketahui adalah taksiran atau bilangan yang ditangkap dan angka-angka yang ada pun boleh dikatakan tidak selari.

 Difinisi perlacuran
Secara ringkasnya,berdasarkan fakta di atas pelacuran bolehlah dianggap sebagai penjualan khidmat seksual .seperti seks oral atau hubungan seks yang biasanya untuk mendapatkan wang.Namun kadang-kadang ianya juga dilakukan untuk mendapatkan dadah,barang kemas,makanan,ataupun apa-apa sahaja tawaran yang dipersetujui secara bersama-sama antara pelacur dengan pelangannya.Lazimnya seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur dan kebanyakkan pelacur adalah perempuan.namun wujud juga pelacur dalam kalangan lelaki yang biasanya dipanggil gigolo dan sebagainya.Walau bagaimanapun,secara umumnya pelacuran diaggap oleh kebanyakkan masyarakat di dunia sebagai satu kesalahan dari segi agama,adat,budays,dan undang-undang dalam kalangan masyarakat Malaysia.pelacuran dipandang negatif,dan mereka yang menjual tubuh sering ini dianggap sebagai sampah masyarakat yang paling hina.

 KATEGORI PELACUR
Selain itu,pelacuran juga mempunyai kategori yang berbeza-beza walaupun secara dasarnya mereka adalah sama iaitu bersama-sama menjual tubuh untuk mendapatkan sesuatu faedah.Namun jika diteliti secara lebih mendalam,bukan semua pelacur itu menerima sesiapa sahaja yang ingin melanggan perkhidmatannya.Bukan semua pelacur itu menawarkan bayaran yang yang serupa dan rendah kepada pelaggan-pelaggannya.Disini pun kita sudah melihat perbezaan dan kelainan setiap pelacur.-pelacur itu. Secara kasarnya pelacur dapat dikelaskan kepada tujuh ketegori utama seperti bohsia,pelacur kasar,pelacur jalanan,pelacur majikan,pelacur tukang urut,dan pelayan pusat hiburan,pelacur bebas dan pelacur kehormat

 PUNCA SESEORANG TERLIBAT DENGAN PERLACURAN
Jika dikaji dengan lebih teliti tentang aktiviti pelacuran ini,kebanyakkan pelacur mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka memilih menjadi pelacur sebagai punca pendapatan mereka.Salah satu sebabnya ialah kerana factor kemiskinan.Kedesakan hidup yang miskin terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar dan ketiadaan pekerjaan untuk menampung hidup seharian memaksa mereka memilih untuk menjadi pelacur sebagai jalan untuk mendapatkan kewangan bagi mengeluarkan diri dari belengu kemiskinan dan melacurkan diri adalah pekerjaan yang mudah dapat bagi mereka yang tiada kelulusan pelajaran yang tinggi.Selain itu,terpedaya dengan sindiket pelacuran yang menyamar sebagai ejen pekerjaan juga merupakan faktor seseorang itu terlibat dengan pelacuran terutamanya bagi warga-warga asing.Dalang-dalang sindiket pelacuran atau lebih dikenali sebagai “Bapak ayam”,selalunya akan memujuk pelacur dengan tawaran pekerjaan yang baik seperti pembantu rumah,pembantu kilang,dan lain-lain lagi dan apabila seseorang itu sudah terpedaya dengan pujukan sindiket tersebut mereka akan dipaksa untuk melacurkan diri dan mereka yang terjerat dengan sindiket ini tidak mampu untuk melarikan diri kerana mereka dikawal dengan ketat oleh ahli-ahli sindiket pelacurantersebut.Selain itu,keinginan untuk menjadi kaya dengan cepat dan mudah juga menjadi pendorong seseorang melibatkan diri dengan gejala perlacuran kerana upah yang diterima setelah menjualkan diri kepada pelangan adalah lumayan.Mereka tidak perlu bersusah payah membanting tulang untuk mendapatkan wang tetapi mereka hanya perlu melayan nafsu pelanggan mereka dan mereka akan mendapat upah yang tinggi atas layanan yang diberikan.maka tidak hairanlah jika para perlacur mampu memakai kereta mewah atau barangan mewah kerana dalam satu malam sahaja mereka mampu memperoleh beratus-ratus ringgit

 LANGKAH MEMBASMI GEJALA PERLACURAN
Bagi menangani masalah ini,terdapat pelbagai cara ataupun langkah-langkah yang berkesan yang boleh diambil bagi membasmi aktiviti pelacuran ini antaranya ialah mendesak hukuman mati ke atas penyeludup manusia seperti yang diterima oleh pengedar dadah.Relevannya hujah ini ialah tindakan penyeludupan manusia iaitu wanita ini telah menyebabkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia yang serius.Seperti manusia itu semua orang berhak untuk hidup dengan aman tanpa digangu oleh sesiapa pun tambahan pula mereka yang diseludup dan dijadikan pelacur ini akan mengalami gangguan jiwa yang berterusan sehigga akhir hayat mereka.Selepas bersara daripada aktiviti ini kelak mereka tidak akan diterima oleh masyarakat umum kerana kegiatan yang pernah dilakukan sedangkan hakikatnya mereka tidak berkehendakan begitu.Selain itu,kerajaan juga boleh mewujudkan dasar sosial Negara yang diluluskan di parlimen pada febuari 2003 bagi membasmi gejala pelacuran ini dan untuk melaksanakan perlu diwujudkan pula majlis-majlis bertindak di beberapa kementerian untuk melaksanakan dasar tersebut dari segi pencegahan,bimbingan,pemulihan dan hukumannya.


 KESIMPULAN
Kesimpulanya,aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa di Negara ini perlu ditangani dengan segara agar kemakmuran Negara dapat dikekalkan dan memelihara nama baik Negara serta mempertingkatkan ekonomi Negara melalui pengurangan beban Negara untuk menampung kos rawatan penyakit akibat dari aktiviti pelacuran ini seperti HIV dan AIDS.

0 comments:

Post a Comment